Mengikut perangkaan daripada Majlis Daerah Cameron
Highlands, populasi penduduk yang tinggal di Cameron Highlands dianggarkan
seramai 25,500 orang di mana kadar pertumbuhan penduduk hanyalah sebanyak satu
peratus bagi tahun 1991 hingga 2000. Kadar pertambahan yang agak kecil
disebabkan oleh beberapa faktor seperti penghijrahan golongan belia dan
sebagainya.
Manakala komposisi bangsa yang tinggal di sini
adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Majoriti
kaum yang tinggal di sini adalah kaum Cina diikuti dengan kaum Melayu, India
dan lain-lain. Terdapat juga sebilangan kecil warga asing yang menyumbang
kepada populasi penduduk di Daerah Cameron Highlands. Kebanyakan mereka bekerja
sebagai buruh dan tenaga kerja di ladang-ladang teh atau kawasan pertanian yang
banyak di sini. Niat mereka hanya satu, untuk mencari rezeki di negara orang
dan membantu keluarga di tanah air masing-masing.
Budaya dan cara hidup masyarakat di sini juga boleh
dilihat daripada pelbagai aspek. Kepelbagaian kaum dan masyarakat yang ada
menjadikan ia sebagai salah satu penempatan yang unik. Setiap kaum mempunyai
keistimewaan masing-masing serta perayaan yang disambut setiap tahun. Sebagai
contoh, kaum Melayu sering kali mengadakan majlis rumah terbuka manakala kaum
Cina dan India pula masih mengekalkan adat dan warisan mereka sehingga ke hari
ini. Walaupun berbilang kaum dan berlainan agama, mereka tetap menjalinkan
hubungan yang erat.
No comments:
Post a Comment