POLITIK PERKAUMAN
Dalam masyarakat sudah semestinya akan wujudnya sistem politik untuk memastikan keadaan masyarakat lebih teratur dan memudahkan segala urusan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat ituy sendiri. Politik perkauman ialah kepercayaan positif
terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik.
Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah parti-parti politik,
persatuan-persatuan,badan bukan kerajaan dan sebagainya.Pertubuhan-pertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi
satu-satu kaum sahaja. Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam
sebuah pertubuhan perniagaan Cina.
Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata
menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Kaum-kaum di Malaysia akan berada
didalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong
kearah itu. Lebih malang lagi, kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan
faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan
ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum,
bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang
berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya,
muncul suatu civil society yang sudah
dewasa, tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari
ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama.
Disebabkan keadaan seperti inilah masyarakat berbilang kaum tidak akan dapat memupuk integrasi kaum.Masyarakat berbilang kaum ini telah tinggal di kawasan penempatan yang berbeza mengikut kaum masing-masing kerana timbulnya perbezaan fahaman politik.Masyarakat akan tidak mudah berjumpa dan bergaul.Lebih menambah buruk lagi keadaan, setiap prasangka dan salah faham yang berlaku akan diambil dari pandangan satu pihak sahaja disebabkan kurangnya komunikasi antara pihak yang berbeza.
PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN KAUM
Sistem pendidikan sepatutnya menjadi salah satu jalan terbaik untuk memupuk integrasi antara kaum.Namun, pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum
di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya.
Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan
kaum. Namun, adalah malang, di Malaysia, sistem pendidikannya terutama
disekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. Orang Melayu
kebanyakannya bersekolah disekolah kebangsaan, orang Cina pula disekolah-sekolah
Cina, begitu juga dengan kaum India. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada
masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan didalam konteks ini
kerana mereka diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza.
Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu
sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru
mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil
di Malaysia. Akibat itu, kebanyakan anak-anak orang Cina akan bersekolah rendah
di sekolah rendah aliran Cina dan anak-anak orang India akan bersekolah rendah
disekolah aliran Tamil. Anak-anak kecil yang tidak diintegrasikan semenjak
kecil ini akan sukar untuk bermasyarakat dengan kaum-kaum lain ketika dewasa
kelak. Hasilnya, perpaduan kaum yang longgar akan berlaku.Keadaan ini juga akan mendorong kearah penempatan sesuatu kawasan akn didominasi oleh satu kaum sahaja.Sebagai contoh, kaum India kebanyakan akan mendiami kawasan yang berdekatan dengan sekolah-sekolah India.Lantaran itu, pengasingan seperti inilah akan menyebabkan anak-anak pada masa hadapan aka kekok untuk berinteraksi dengan masyarakat dari kaum yang lain.
MEDIA MASSA
Media massa boleh menyumbang kearah integrasi antara kaum, tetapi pada masa yang sama juga boleh menyebabkan integrasi antara kaum tidak berjaya dijalinkan Media massa yang memang begitu rapat dengan rakyat turut
berperanan menyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Akhbar
misalnya, setiap kaum mempunyai akhbar didalam bahasa ibunda masing-masing.
Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan
Berita Harian, orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau
berbanding dengan akhbar Kosmo, begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih
memilih akhbar Makkal Ossai berbanding dengan akhbar Sinar. Begitu juga
akhbar-akhbar di Sabah dan Sarawak yang dibuat khusus untuk bacaan khalayak
tertentu.
Hal ini memanglah kelihatan kecil, bahkan mungkin
ada yang mengatakan jika kita jadikan masalah bahasa ini sebagai punca
pepecahan kaum, itu sudah melanggar hak menggunakan bahasa ibunda oleh
kaum-kaum di Malaysia. Namun, harus diingat bahawa penggunaan akhbar-akhbar ini
bukan sekadar menggunakan bahasa ibunda, bahkan turut meniupkan semangat
perkauman kepada pembaca akhbar mereka. Apa yang menguntungkan, bahasa
pengantar akhbar itu tidak difahami oleh semua orang kerana ia menggunakan
bahasa ibunda kaum masing-masing. Inilah masalahnya yang boleh kita kaitkan
dengan media massa. Media massa sedikit sebanyak telah menyumbang kearah
segregasi kaum di Malaysia.Kerana wujudnya situasi sebegini, perbezaan kaum
akan lebih terserlah. Identiti kaum akan lebih kuat dan diutamakan. Identiti
nasional dan kebangsaan tidak dipedulikan. Masalah perpaduan dan integrasi kaum
akan terus wujud jika kita masih bertegas untuk membeza-bezakan kaum yang ada
didalam Malaysia.Tidak keterlaluan juga jika dinyatakan bahawa melalui keadaam media massa seperti ini seolah-olah setiap kaum hanya mengambil tahu pasal kaum mereka sahaja.
SALAH FAHAM TERHADAP DASAR KERAJAAN
Perkara ini juga merupakan antara punca utama
masalah integrasi kaum di Malaysia masih belum menemui jalan keluarnya.
Semuanya berkaitan dengan persepsi negatif dan prejudis kaum-kaum bukan
bumiputera terhadap dasar-dasar utama kerajaan, khususnya dasar sosial yang
dianggap sebagai berat sebelah dan hanya untuk menguntungkan orang Melayu
sahaja. Dasar-dasar utama kerajaan ini yang matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan
perpaduan negara yang lebih baik telah menerima sambutan dingin daripada
kaum-kaum bukan bumiputera ini.
Dasar Pendidikan Kebangsaan misalnya dianggap oleh
kaum bukan bumiputera sebagai suatu dasar untuk menghapuskan sistem pendidikan
kaum mereka dan untuk mengurangkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Walhal,
dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dengan kewujudan suatu sistem, bahasa pengantar dan silibus pelajaran yang sama
bagi semua aliran sekolah di Malaysia. Kerajaan tidak berhasrat untuk
menghapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil melalui dasar ini.
Begitu juga halnya dengan dasar-dasar kerajaan yang
lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Rasa prejudis
yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada didalam
keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap
menggubal dasar dan undang-undang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Salah
faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka
terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Ringkasnya, sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum
yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh
rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Ianya
juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri
yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan
kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari segala segi
juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di
Malaysia yang seterusnya boleh pengasingan penempatan mgikut kaum.
No comments:
Post a Comment