Walaupun sudah 50 tahun Malaysia merdeka, tetapi
perpaduan atau integrasi kaum masih berada ditahap yang menggusarkan. Ianya
mempunyai banyak punca. Selain daripada latarbelakang sejarah, budaya, bahasa,
agama yang berbeza antara kaum-kaum ini, ada lagi sebab-sebab lain yang
menyumbang kearah kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. Ini ialah
salah satu faktor terjadinya masalah kaum.
Ketidakstabilan
Sosio-Ekonomi Antara Kaum
Ini adalah antara punca awal yang membawa kepada
kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Dari aspek sosial, kesan daripada
konstruksi penjajah dahulu, kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan
petempatan. Orang Melayu di kampung-kampung, orang Cina di pekan dan
bandar-bandar, orang India pula berada di estet-estet. Keadaan ini memang
meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses
integrasi antara kaum-kaum terbabit.
Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan
petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan
masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang
paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina
yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah
menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang
miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia.
No comments:
Post a Comment