Wednesday, 21 November 2012


CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH  SOSIAL KOMUNITI BERPAGAR

Untuk kertas kajian ini beberapa pendekatan mudah yang melihat dari aspek perancangan dan rekabentuk diharap dapat dibincangkan sebagai salah satu cara memperbaiki permasalahan sosial komuniti berpagar. Skema perbincangan cadangan ini akan dihuraikan pada kertas kajian yang seterusnya;

Perancangan Pembangunan
Pendekatan-pendekatan berikut mungkin harus diambil kira dalam proses penyediaan cadangan pelan pembangunan komuniti berpagar supaya interaksi sosial dapat dijana dengan lebih berkesan dan dalam masa yang sama perbezaan status dapat dikurangkan.;
i. Pembangunan bercampur menggunakan kemudahan yang sama (shared facilities). Walaupun faktor nilai komersil diambil kira sekurang-kurangnya beberapa aktiviti riadah boleh digabungkan.
ii. Suasana persekitaran yang lebih kondusif dan berlanskap lembut (softlandscape) diantara zon pembangunan
iii. Orientasi unit – unit terhadap kemudahan-kemudahan lebih bersepadu.

Rekabentuk unit-unit kediaman
Ciri-ciri berikut juga boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan lagi interaksi sosial diantara penghuni – penghuni unit kediaman komuniti berpagar dan nilai – nilai kepelbagaian dan hak individu:
i. Ruang laluan awam (koridor) yang lebih terbuka
ii. Ruang transisi atau anjung perlu diperkenalkan semula bagi unit-unit pangsapuri
iii. Keseragaman dan kepelbagaian dalam rekabentuk perlu dipertimbangkan dan memberi lebih hak pilihan kepada pemilik.

• Rekabentuk pagar
Pembinaan pagar yang selalu dikaitkan dengan keangkuhan dan anti sosial perlu ditekankan aspek rekabentuknya. Aspek keselamatan dan sempadan tidak semestinya dengan pembinaan pagar. Perkara- perkara berikut boleh dipertimbangkan bagi merancang sistem persempadanan dan kawalan keselamatan.:
i. Pembinaan zon penampan lanskap atau elemen semulajadi seperti sungai, sebagai pagar
ii. Elakkan pembinaan tembok pagar yang tinggi
iii. Rekabentuk Pagar Berlanskap

• Sistem Trafik
i. Sistem ‘cul de sac’ dalam sistem laluan kenderaan didalam perancangan pembangunan akan lebih berkesan dalam meningkatkan keselamatan penghuni melakukan aktiviti riadah.
ii. Sistem perletakan kereta tambahan yang lebih teratur dan terancang. Secara dasarnya konsep komuniti berpagar adalah satu fenomena yang tidak semestinya membawa keburukan kepada keharmonian masyarakat dan senibandar. Kajian yang lebih terperinci lagi perlu dibuat pada masa akan datang yang membabitkan permasalahan dan aspek sosial ini terutamanya yang melibatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment