KESIMPULAN
Kesimpulannya,kita hendaklah mengeratkan hubungan antara kaum dalam sesebuah penempatan ataupun perumahan agar perpaduan negara kita terus terpelihara.Hal ini demikian kerana masalah sosial yang berlaku dalam aspek pembangunan terutamanya di kawasan perumahan boleh menjadi kesan sampingan yang serius kepada negara,contohnya kesan rusuhan kaum di Tanah Melayu pada 13 Mei 1969.Oleh itu,semua pihak iaitu bermula daripada individu penghuni tersebut, pihak pengurusan, masyarakat, kerajaan dan pihak profesional perlu bekerjasama dan berganding bahu mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing bagi mengurangkan masalah sosial ini dan seterusnya meningkatkan keselesaan dan keharmonian dalam kehidupan sejagat.
No comments:
Post a Comment