Wednesday, 21 November 2012

CONTOH TEMPAT MASYARAKAT BERBILANG KAUM


Mengikut perangkaan daripada Majlis Daerah Cameron Highlands, populasi penduduk yang tinggal di Cameron Highlands dianggarkan seramai 25,500 orang di mana kadar pertumbuhan penduduk hanyalah sebanyak satu peratus bagi tahun 1991 hingga 2000. Kadar pertambahan yang agak kecil disebabkan oleh beberapa faktor seperti penghijrahan golongan belia dan sebagainya.
Manakala komposisi bangsa yang tinggal di sini adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Majoriti kaum yang tinggal di sini adalah kaum Cina diikuti dengan kaum Melayu, India dan lain-lain. Terdapat juga sebilangan kecil warga asing yang menyumbang kepada populasi penduduk di Daerah Cameron Highlands. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh dan tenaga kerja di ladang-ladang teh atau kawasan pertanian yang banyak di sini. Niat mereka hanya satu, untuk mencari rezeki di negara orang dan membantu keluarga di tanah air masing-masing.
Budaya dan cara hidup masyarakat di sini juga boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Kepelbagaian kaum dan masyarakat yang ada menjadikan ia sebagai salah satu penempatan yang unik. Setiap kaum mempunyai keistimewaan masing-masing serta perayaan yang disambut setiap tahun. Sebagai contoh, kaum Melayu sering kali mengadakan majlis rumah terbuka manakala kaum Cina dan India pula masih mengekalkan adat dan warisan mereka sehingga ke hari ini. Walaupun berbilang kaum dan berlainan agama, mereka tetap menjalinkan hubungan yang erat.


PUNCA MASALAH INTEGRASI KAUM MASIH ADA


POLITIK PERKAUMAN

   Dalam masyarakat sudah semestinya akan wujudnya sistem politik untuk memastikan keadaan masyarakat lebih teratur dan memudahkan segala urusan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat ituy sendiri.  Politik perkauman ialah kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik. Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah parti-parti politik, persatuan-persatuan,badan bukan kerajaan dan sebagainya.Pertubuhan-pertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi satu-satu kaum sahaja. Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam sebuah pertubuhan perniagaan Cina.

    Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Kaum-kaum di Malaysia akan berada didalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong kearah itu. Lebih malang lagi, kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum, bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya, muncul suatu civil society yang sudah dewasa, tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama.
        
      Disebabkan keadaan seperti inilah masyarakat berbilang kaum tidak akan dapat memupuk integrasi kaum.Masyarakat berbilang kaum ini telah tinggal di kawasan penempatan yang berbeza mengikut kaum masing-masing kerana timbulnya perbezaan fahaman politik.Masyarakat akan tidak mudah berjumpa dan bergaul.Lebih menambah buruk lagi keadaan, setiap prasangka dan salah faham yang berlaku akan diambil dari pandangan satu pihak sahaja disebabkan kurangnya komunikasi antara pihak yang berbeza.

PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN KAUM

    Sistem pendidikan sepatutnya menjadi salah satu jalan terbaik untuk memupuk integrasi antara kaum.Namun, pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Namun, adalah malang, di Malaysia, sistem pendidikannya terutama disekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. Orang Melayu kebanyakannya bersekolah disekolah kebangsaan, orang Cina pula disekolah-sekolah Cina, begitu juga dengan kaum India. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan didalam konteks ini kerana mereka diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza.

     Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. Akibat itu, kebanyakan anak-anak orang Cina akan bersekolah rendah di sekolah rendah aliran Cina dan anak-anak orang India akan bersekolah rendah disekolah aliran Tamil. Anak-anak kecil yang tidak diintegrasikan semenjak kecil ini akan sukar untuk bermasyarakat dengan kaum-kaum lain ketika dewasa kelak. Hasilnya, perpaduan kaum yang longgar akan berlaku.Keadaan ini juga akan mendorong kearah penempatan sesuatu kawasan akn didominasi oleh satu kaum sahaja.Sebagai contoh, kaum India kebanyakan akan mendiami kawasan yang berdekatan dengan sekolah-sekolah India.Lantaran itu,  pengasingan seperti inilah akan menyebabkan anak-anak pada masa hadapan aka kekok untuk berinteraksi dengan masyarakat dari kaum yang lain.

MEDIA MASSA

     Media massa boleh menyumbang kearah integrasi antara kaum, tetapi pada masa yang sama juga boleh menyebabkan integrasi antara kaum tidak berjaya dijalinkan  Media massa yang memang begitu rapat dengan rakyat turut berperanan menyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Akhbar misalnya, setiap kaum mempunyai akhbar didalam bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan Berita Harian, orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau berbanding dengan akhbar Kosmo, begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih memilih akhbar Makkal Ossai berbanding dengan akhbar Sinar. Begitu juga akhbar-akhbar di Sabah dan Sarawak yang dibuat khusus untuk bacaan khalayak tertentu.

   Hal ini memanglah kelihatan kecil, bahkan mungkin ada yang mengatakan jika kita jadikan masalah bahasa ini sebagai punca pepecahan kaum, itu sudah melanggar hak menggunakan bahasa ibunda oleh kaum-kaum di Malaysia. Namun, harus diingat bahawa penggunaan akhbar-akhbar ini bukan sekadar menggunakan bahasa ibunda, bahkan turut meniupkan semangat perkauman kepada pembaca akhbar mereka. Apa yang menguntungkan, bahasa pengantar akhbar itu tidak difahami oleh semua orang kerana ia menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing. Inilah masalahnya yang boleh kita kaitkan dengan media massa. Media massa sedikit sebanyak telah menyumbang kearah segregasi kaum di Malaysia.Kerana wujudnya situasi sebegini, perbezaan kaum akan lebih terserlah. Identiti kaum akan lebih kuat dan diutamakan. Identiti nasional dan kebangsaan tidak dipedulikan. Masalah perpaduan dan integrasi kaum akan terus wujud jika kita masih bertegas untuk membeza-bezakan kaum yang ada didalam Malaysia.Tidak keterlaluan juga jika dinyatakan bahawa melalui keadaam media massa seperti ini seolah-olah setiap kaum hanya mengambil tahu pasal kaum mereka sahaja.

SALAH FAHAM TERHADAP DASAR KERAJAAN

     Perkara ini juga merupakan antara punca utama masalah integrasi kaum di Malaysia masih belum menemui jalan keluarnya. Semuanya berkaitan dengan persepsi negatif dan prejudis kaum-kaum bukan bumiputera terhadap dasar-dasar utama kerajaan, khususnya dasar sosial yang dianggap sebagai berat sebelah dan hanya untuk menguntungkan orang Melayu sahaja. Dasar-dasar utama kerajaan ini yang matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan perpaduan negara yang lebih baik telah menerima sambutan dingin daripada kaum-kaum bukan bumiputera ini.

    Dasar Pendidikan Kebangsaan misalnya dianggap oleh kaum bukan bumiputera sebagai suatu dasar untuk menghapuskan sistem pendidikan kaum mereka dan untuk mengurangkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Walhal, dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan kewujudan suatu sistem, bahasa pengantar dan silibus pelajaran yang sama bagi semua aliran sekolah di Malaysia. Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil melalui dasar ini.

     Begitu juga halnya dengan dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Rasa prejudis yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada didalam keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap menggubal dasar dan undang-undang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Salah faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

     Ringkasnya, sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di Malaysia yang seterusnya boleh pengasingan penempatan mgikut kaum.
Program Jabatan


Masyarakat setempat yang merangkumi kaum melayu, cina dan india merupakan kaum terbesar di Malaysia. Mengikut bancian, peratusan bagi kaum melayu ialah 53.3%, kaum cina sebanyak 26.0% manakala kaum india sebanyak 7.7%. Kaum melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia diikuti dengan kaum cina dan india. Kedudukan Sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Malaysia lebih tertumpu dikawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.
DASAR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN BANDAR
Pembangunan setempat berhasrat melahirkan masyarakat setempat yang progresif, berilmu, dan berintegriti disamping mewujudkan kawasan setempat yang maju, menarik dan menguntungkan serta selamat untuk didiami.  Secara umumnya ia bertujuan untuk:
a)      Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam keadaan yang harmoni, indah,selamat dan terpelihara alam sekitarnya
b)      Menggalakan pembangunan dan penempatan penduduk yang tersusun dengan dilengkapi infrastruktur asas serta kemudahan-kemudahan berkualiti taraf bandar.
c)      Mewujudkan persekitaran ekonomi yang sesuai untuk aktiviti  keusahawanan dan menyokong segala aktiviti komersial.
Terdapat tujuh teras pembangunan luar bandar dan bandar
1)      Pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat
2)      Pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan
3)      Pengintegrasian program pembangunan luar bandar dengan perancangan fizikal
4)      Pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang menyeluruh
5)      Peningkatan kualiti hidup dan pendapatan isi rumah didalam kumpulan berpedapatan 40% terendah
6)      Pengurusan pembangunan secara bersepadu
7)      Pengurusan sumber alam secara mapan.

JENIS- JENIS PERUMAHAN
                               I.            Perumahan Kos Rendah
Prestasi keseluruhan pembinaan rumah dalam kategori kos rendah menggalakkan dengan 200,513 unit siap dibina, iaitu 86.4 peratus daripada sasaran Rancangan. Daripada jumlah ini, 103,219 unit atau 51.5 peratus dibina oleh sektor awam termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Bagi memastikan bekalan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah mencukupi, projek pembangunan bercampur oleh pemaju swasta terusdilaksanakan berpandukan dasar yang menetapkan kuota 30 peratus bagi rumah kos rendah. Walau bagaimanapun, mengambilkira keadaan permintaan semasa rumah kos rendah serta untuk menangani isu rumah yang tidak terjual, sesetengah kerajaan negeri membuat penyesuaian tertentu terhadap dasar tersebut.
                            II.            Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)
Di bawah program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) untuk golongan berpendapatan rendah, sebanyak 27,006 unit rumah kos rendah dibina melibatkan 70 projek dalam tempoh Rancangan. Projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan yang kebanyakannya dibina di bandar kecil dan di kawasan subbandar. Rumah tersebut dijual kepada pembeli yang layak dan berdaftar melalui sistem pendaftaran terbuka berkomputer yang dikendalikan oleh kerajaan negeri berkenaan. Bagi bandar raya dan bandar utama, Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPRB) dilaksanakan untuk menempatkan semula setinggan. Di bawah program ini, sebanyak 37,241 unit rumah kos rendah dibina dan disewa kepada golongan yang layak. Daripada jumlah tersebut 24,654 unit rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala 12,587 unit di bandar utama lain di seluruh negara.
                         III.            Perumahan Kos Sederhana Rendah
Bagi kategori perumahan kos sederhana rendah, sebanyak 83,910 unit rumah siap dibina, iaitu 63.9 peratus daripada sasaran Rancangan. Secara keseluruhan, pencapaian ini lebih baik berbanding dengan 20.7 peratus daripada sasaran dalam tempoh Rancangan terdahulu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 61,084 unit rumah atau 72.8 peratus dibina oleh sektor swasta. Peratusan ini menunjukkan pemaju perumahan swasta memberikan reaksi positif dalam memenuhi permintaan rumah bagi kategori ini dan seterusnya mengurangkan tekanan permintaan rumah kos rendah. Di samping itu, SPNB telah membina sejumlah 3,898 rumah di bawah Program Perumahan Mampu Milik.

                         IV.            Perumahan Kos Sederhana dan Kos Tinggi
Dalam tempoh Rancangan, jumlah rumah kos sederhana dan kos tinggi yang dibina oleh sektor swasta jauh melebihi sasaran, menunjukkan permintaan yang berterusan bagi rumah kategori ini. Sehubungan ini, sebanyak 222,023 unit rumah kos sederhana dan 274,973 unit rumah kos tinggi telah dibina. Sektor awam telah membina 30,098 unit rumah kos sederhana atau 64.4 peratus dan 22,510 unit rumah kos tinggi atau 112.6 peratus daripada sasaran Rancangan. Sebahagian besar daripada rumah tersebut dibina oleh perbadanan kerajaan seperti PKEN dan SPNB untuk dijual kepada orang awam serta pembinaan oleh agensi kerajaan untuk digunakan sebagai rumah kediaman anggota sektor awam.
                            V.            Pembangunan Perumahan di Kawasan Luar Bandar
Pelbagai program terus dilaksanakan di kawasan luar bandar seperti Program Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) untuk golongan miskin tegar dan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS). Program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat luar bandar serta menyediakan rumah yang selesa dengan kemudahan asas. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 9,536 unit rumah baru untuk golongan miskin tegar dibina dan 13,037 unit rumah dibaik pulih. Dalam usaha untuk menyediakan petempatan baru yang dilengkapi dengan infrastruktur asas dan kemudahan awam, program seperti Penyatuan Semula Kampung, Pusat Pertumbuhan Desa dan Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil dilaksanakan melibatkan 40 kampung di seluruh negara dan memanfaatkan 6,000 keluarga.









PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI

Program ini mengandungi enam projek utama iaitu :-
    1. Pembangunan Ekonomi Negeri
Projek ini melibatkan pembangunan tanah di luar kawasan dengan tanaman kelapa sawit dan getah yang dilaksanakan oleh RISDA dan FELCRA. Bagi menjayakan agenda ini sejumlah peruntukan sebanyak RM2,660,000.00 telah disediakan pada tahun 2008.
    1. Projek Pengembangan Kursus
Projek ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada petani, penternak dan nelayan melalui kursus, ceramah, lawatan sambil belajar dan latihan amali mengenai teknik-teknik atau teknologi moden dan komersial. Sejumlah RM9,00,000.00 telah disediakan bagi tahun 2008.
    1. Bimbingan Usahawan
Projek ini menyediakan peruntukan bantuan berbentuk peralatan, mesin dan kursus atau latihan keusahawanan dalam mewujudkan usahawan yang berdaya tahan dan boleh maju selaras dengan hasrat kerajaan melibatkan bumiputera dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pada tahun 2008 sebanyak RM380,000.00 peruntukan telah disediakan bagi program tersebut.
    1. Pembangunan Tanah Fasa II Negeri
Projek yang melibatkan tanaman komersial getah dan kelapa sawit di kawasan tanah terbiar, kawasan tanaman semula dan kawasan pembukaan tanah baru yang dilaksanakan oleh RISDA dan FELCRA di Johor, Perak dan Kelantan. Oleh itu, JHEOA telah menyediakan sejumlah RM5,750,000.00 untuk tujuan tersebut.
    1. Pembinaan Ruang Niaga
Menyediakan kemudahan ruang niaga dan bengkel kepada peniaga atau usahawan di lokasi yang berpotensi dan teratur di samping meningkatkan perniagaan peruncitan, perkhidmatan dan pembuatan. Pembinaan ini merangkumi kawasan-kawasan di negeri Selangor, Melaka, Kelantan dan Pahang dengan peruntukan tahun 2008 sejumlah RM320,000.00.


PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL
Pada tahun 2008, Jabatan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM58,540,000.00 untuk melaksanakan program pembangunan sosial bagi tujuh komponen berikut:-
    1. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
    2. Perumahan Ketua Masyarakat
    3. Infrastruktur dan Kemudahan Awam
    4. Kesihatan dan Perubatan
    5. Pembangunan Keluarga dan Masyarakat
    6. Kemudahan Pentadbiran JHEOA
    7. Program Pembangunan Minda

Monday, 19 November 2012

http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1839&Itemid=1

pengenalan dan cara mengatasi masalah perkauman


PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.







 SENIBINA RUMAH MELAYU DI KAWASAN KAMPUNG








Rumah bujang barat ini mempunyai rekabentuk bumbung yang hampir sama dengan rumah berpeleh tetapi pemelehnya lebih kecil. Di samping itu, terdapat juga bentuk rumah seakan-akan rumah limas Belanda di mana pemelehnya memcecah ke kaki atap dan sesetengahnya mempunyai buah guntung. 







Rumah perabung lima ini mempunyai lima perabung iaitu satu perabung lurus dan empat perabung menurun ke cucuran atap. Ahli-ahli senibina berpendapat bahawa rumah jenis ini mengambil unsur-unsur senibina Belanda.



Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.
Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.
Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini.
Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.



PERANAN IBUBAPA

Oleh itu, ibubapa haruslah membimbing anak-anak mereka tentang pentingnya perpaduan kaum. Dengan ini, anak-anak mereka akan mempunyai persefahaman antara kaum lain yang menebal serta tidak akan menaruh perasaan negatif terhadap kaum lain dari sejak kecil lagi.
Selain itu, ibubapa juga turut menekankan dan meyampaikan ajaran  agama kepada anak-anak mereka kerana agama mempengaruhi seseorang untuk  berpegang kepada nilai-nilai baik yang diajar oleh ajaran agamanya seperti menghormatiorang lain, bersedia membuat kebaikan dan sebagainya.
Oleh demikian,  pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. 
Di samping itu, ibubapaharuslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan apabila berumur 5 tahun keatas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan memahami budaya lalu membentuk asas perpaduan yang lebih berkesan kerana semuanya  bermula dari sejak kecil lagi.

PERANAN MEDIA MASSA / ELEKTRONIK / CETAK 
Tambahan pula, peranan media massa, baik media eletronik mahupun media cetak  juga turut mendorong ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dari dalam danluar negeri kepada masyarakat.

Melalui media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran langsung semasa perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi membolehkan  semua rakyat Malaysia untuk menyaksikan detik-detik kegemilangan puncak acara sambutan pada hari itu.
 Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan segalanilai-nilai perpaduan yang cuba dipaparkan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.Selain itu, rancangan-rancangan tentang sejarah Malaysia juga boleh disiarkan sepert isejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan Malaysia  supaya menyedari rakyat tentang perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga menyiarkan lagu-lagu berunsur patriotik melalui radio bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan serta menghayati mesej-mesej  yang  hendak disampaikan menerusi lagu-lagu  tersebut dikalangan rakyat Malaysia. Manakala media cetak pula, haruslah menjayakan Program Promosi’ yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperluaskan hebahan  kepada  masyarakat  agar kesedaran orang ramai terhadap kepentingan  perpaduan  dan  integrasi  nasional  yang  sentiasa akan subur.
Di samping itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan kepada para pembaca melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini haruslah terus menjayakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.



PERANAN MASYARAKAT
Akhirnya ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat. Jika negara kita ingin terus membangun dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu masyarakat yang  bersatu  padu  haruslah  diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan strategi-strategi pembangunan Negara.
justeru, kita  haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikap apati/individualistik,  perasaan prasangka/prejudis, diskriminasi, stereotaip, etnosentrismedan lain-lain lagi dahulu. Sikap atau perasaan tersebut akan mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang seseorang untuk menjalin hubungan baik antara kaum lain yang seterusnya  mungkin  mencetuskan  keadaan  masyarakat  yang   tidak harmoni seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 atau peristiwa di Kampung Medan. Sebaliknya, kita perlulah mempraktikkan semangat kejiranan/kekitaan supaya dapat mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan bermasyarakat  yang berbilang kaum. 
Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan nilai-nilai kejiranan  seperti  mengutamakan kepentingan  dan kebaikan bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati  dan sebagainya  lalu berbincang dan  bermuafakat  dengan jiran tentang hal-hal kebajikan dan keselamatan bersama. Denganini, kita dapat memahami dan menghormati agama dan kebudayaan jiran-jiran yang   pelbagai  kaum  selaras  untuk  mengukuhkan  perpaduan  di kalangan  masyarakat   yang  pelbagai kaum.

Selain itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruhnegara kerana ini merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam  proses  perpaduan kaum.  Dengan adanya sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran  boleh  bergaul sesame  mereka  tanpa  mengira kaum terutama  semasa  membuat  rondaan  di kawasan  perumahan  sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab melalui Rukun Tetangga dapatmengembalikan perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh kerajaan sekarang. Namun begitu, kita bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan di kawasan  perumahan  sendiri  bagi meningkatkan lagi penglibatan penduduk-penduduk setempatdalam aktiviti-aktiviti tersebut agar dapat mewujudkan perasaan saling kenal-mengenal dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain di dalam kawasan mereka tanpa mengira kaum. Oleh itu, melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan yang baik untuk memupuk semangat setiakawan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk setempatdi sesebuah kawasan perumahannya.
Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut HariKebangsaan ini daripada menghabiskan  masa untuk berhibur sahaja. Sebaliknya, kita perlulah menggunakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna ini untuk menyelamidan mengukur diri sendiri terhadap sumbangan diri ke arah perpaduan negara. Fikirkankeadaan negara kita dan diri sendiri sekiranya kita semua tidak bersatupadu. Begitu juga, jika kita tidak menyelami makna kemerdekaan, kita tidak akan menyedari perjuangan dan usaha pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini.
Di samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan bermasyarakatan seperti bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang berleluasadi kalangan masyarakat tanpa mengira kaum serta memberikan kerjasama dan sokongandalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Maka, ini akan mendorong negara kita untuk  mencapai  perpaduan  negara  dan   keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia

Tuesday, 23 October 2012

PERMASALAHAN HUBUNGAN ETNIK DALAM SESEBUAH PENEMPATAN ATAUPUN PERUMAHAN

TAJUK: PERMASALAHAN HUBUNGAN ETNIK DALAM SESEBUAH PENEMPATAN ATAUPUN PERUMAHAN

PENDAHULUAN: ?

PERMASALAHAN YANG BERLAKU:

1) KAWASAN KAMPUNG
2) KAWASAN PERUMAHAN/ TAMAN
3) KAWASAN FLAT
4) KAWASAN PERUMAHAN MEWAH

CADANGAN UNTUK MENANGANI MASALAH YANG BERLAKU.

1) KAWASAN KAMPUNG
2) KAWASAN PERUMAHAN/ TAMAN
3) KAWASAN FLAT
4) KAWASAN PERUMAHAN MEWAH

****SKOP YANG PERLU DILIHAT:
1) KAUM
2) SOSIAL
3) BUDAYA
4) AGAMA
5) PEMAHAMAN
6) CARA HIDUP